Tuesday, August 25, 2009

Fadhilat Solat Terawih

sempena bulan yg mulia ni...
cik ida nak kongsi sedikit tazkirah..
yakni fadhilat solat terawih..
u all semua pergi tak??
hehehehe~~
bagi yang pergi bagos la..
yang tak pergi usahakanlah k...







Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.


Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).


Malam 3 : berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.


Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.


Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.


Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.


Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.


Malam 10 : Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.


Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.


Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.


Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiama.


Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam 16 : Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)


Malam 19 : Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.


Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.


Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).


Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.


Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.


Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.


Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.


Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.


Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."



Monday, August 24, 2009

❤ RaMaDHaN aL-MuBaRaK ❤


di sini cik ida ingin mengucapkan selamat berbuka puase kepada semua...
maaf la cik ida lambat wish ye...
cik ida harap agar kalian lebih diberkati di bulan mulia ni...
semoga bertambah la amalan kita..
semoga bertambah pahala dan berlipat kali ganda..




di kesempatan ni cik ida nak memohon ampun dan maaf di atas ape jua kesilapan yg cik ida lakukan...
bersama la kita bermaafan & jangan la kita bermusuhan k...
aaaAAAAmiiinnnn~~




Thursday, August 13, 2009

❤ HAPPY BIRTHDAY ILLIYA❤



hari ni birthday cik ILLIYA AMALINA BINTI AHMAD ROMDZANI..
*cik ida taw memang ade salah eja pun..maap la ye??n sile betol2kan k??heheh..*
da tue da ko kan?
dulu jadi kawan men senapang hahaha..
lame giler tak jumpe..
wah!!lebey2 lak cik ida..
k la all members..
silelah sampaikan ucapan anda dgn ikhlasnye~~




Because you’re very special
Hope your Birthday holds in store
Happy hours that overflow
With all you’re wishing for,
And hope the days that follow it
Make up a year that brings
Everything that you deserve
A million happy things.








Wednesday, August 12, 2009

❤ HAPPY BIRTHDAY AMAD ❤



hari birthday Ahmad Faris @ Amad...
semoga menempuh hari2 mendatang dgn kejayaan & ketabahan..
cik ida juga harap agar hidup kamoo diberkati oleh-Nya..
kamoo mesti lebih matang kerana usia sudah meningkat..



This special
Birthday greeting
Is being sent your way,
With many happy wishes
For a truly perfect day